Wednesday, January 21, 2004
Aku
Aku
Tiadakah cita-cita?
Persoalan yang membuntui
Buat bekalan hari muka
Yang setiap insan punyai
Aku
Kemalasan sering menyelubungi
Menjadikan mu seorang yang tak digemari
Mematikan lagi keyakinan diri
Untuk teruskan perjuangan di dunia ini
Aku
Dengan kesedaran diri
Di insafi kekurangan diri
Menjadikan mu seorang pesimis
Yang takut akan realiti
Aku
Bila di analisasi kekurangan diri
Memang perlu diperbaiki
Punya azam untuk berubah
Bukanlah semudah kata-kata
Aku
Diri yang sering dimarahi
Kerana kesilapan sendiri
Yang sering tidak dielakkan
Oleh ketidak kuasaan keperibadian
Aku
Mengapa ditakuti mereka disekitar?
Mungkinkah personaliti yang benar?
Menjadikan mu seorang penyendiri
Bila mendampingi orang-orang yang tak dikenali
Aku
Walau apapun kekurangan diri yang ada
Buktikan pada semua
Kau jua punya cita-cita
Yang akan kau usahakan di suatu masa
