<$BlogRSDUrl$>

Saturday, January 03, 2004

Tertipu Kerana Keliru 

by Ikinz

Datangnya dengan tiba-tiba
Diterima di cuping telinga
Hanya dengan sekelip mata
Takdir tentukan segalanya

Soalan yang sering menghantui
Inikah yang ditakdirkan untukku?
Bahagia yang inginku kecapi
Adakah ia milikku?

Yang terbaik adalah pilihanku
Menanti sesuatu yang aku sendiri keliru
Ragu dan rasa tidak tahu
Cukup untuk membuat aku tertipu

Keputusanku tidak lurus tujuannya
Mengejar sesuatu yang bukan untukku
Harapanku moga ketemu si dia
Untuk mendampingiku hingga akhir hayatku

Patutku sedar sejak azali
Keliru dan sangsi
Permainan perasaan hati
Setiap insan harus tempuhi

Comments: Post a Comment