<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, February 24, 2004

Aku Yang Sebenar 

by Ikinz

Jadi pendidik...
Adakah ia cita-cita ku?
Sejak di bangku sekolah lagi
Boleh kah ku?
Menjadi seorang pendidik

Tertanya sendiri...
Mengapa tiada keyakinan diri?
Untuk ku teruskan cita-cita ini
Mengapa harus ada sangsi?
Setiap kali ku cuba... langkah ku termati

Mendidik...
Itukah yang ku mahu kan?
Melangkah setapak ke hadapan
Mengatur masa hadapan
Agar lebih bermakna lah kehidupan

Pendirian...
Sentiasa berubah-ubah
Mengikut irama rasa
Yang tidak kekal dalam jiwa
Sentiasa berkocak setiap masa

Debaran...
Ia datang tanpa ku restu
Ia sentiasa hadir dalam diri ku
Setiap kali sesuatu berlaku
Yang baru buat diri ku

Kekurangan ku...
Ku akui kekurangan diri ini
Bicara yang membawa binasa
Sanjungan diri yang sedikit
Membuatkan ku kecil di pandangan mereka

Kekuatan...
Sesuatu yang ku perlukan
Untuk meniti kurikulum seharian
Dengan satu tujuan
Yang telah aku tetapkan

Semoga ku kecapi impian ku kali ini... Insya-Allah!!!

Comments: Post a Comment