<$BlogRSDUrl$>

Friday, February 13, 2004

Kesyukuran Ku 

by Ikinz

Hati ku riang tidak terkata
Satu kejayaan telah ku kecapi
Terbukti jua akhirnya
Ku mampu melakukannya kali ini

Ku percaya pada kebolehan
Dengan tidak putus asa ku berusaha
Usaha yang ku tanamkan
Tidak lah sia-sia sahaja

Ku percaya pada diri
Dengan berkat usaha ku sendiri
Di iringi doa restu mereka di sekeliling
Ku mencapai apa yang di ingini

Syukur ku kepada Nya
Tidak terucap rasanya
Dalam tangisan aku berdoa
Semoga diriku dilindungi Nya

Hati terusik mengenang kenangan
Yang harus ku tinggalkan
Setelah tamat segalanya
Ku teruskan perjalanan ini jua

Kenangan ku simpan hingga ke lubuk hati
Pahit manis ketika belajar
Ia menjadi satu memori
Yang boleh ku jadikan iktibar

Alhamdulillah... Tercapai jua apa yang kuhajati...

Comments: Post a Comment