Tuesday, April 13, 2004
Cemburu Tidak Bertempat
Malam yang hening pendorong ilham
Sunyinya suasana tenangnya malam
Berjalan seorang di saat begini
Ku dongak ke langit, menganalisasi diri
Cemburu ada dalam hati
Datangnya bukan kerana dengki
Ia kerana mereka berjaya
Mengapakah aku begitu rupa?
Kekurangan diri amat ku sedar
Cemburu tidak perlu, tiada faedah
Ingin ku berundur jauh dari mereka
Agar hati tenteram seketika
Hati yang hitam disaluti dosa
Kelakuan ini amat ku sedar
Bagaimana hendak ku hadapi
Perasaan hati yang silih berganti?
Bukan niat ku jadi begini
Perasaannya datang dengan sendiri
Hendak ku elak dari terjerumus
Namun aku tewas terus
Acapkali aku mengingati
Tabiat yang tidak digemari
Namun hati tidak dapat lari
Dari terus berperasaan begini
Di kala ini ku berpaut pada teman
Dia lah cermin masa silam ku
Dia lah penawar pengubat kesepian
Ku kucup bila hati bercelaru
