Tuesday, April 06, 2004
Cerianya Hari Ku
Hari ku ceria kebelakangan ini
Hati yang kosong sudah terisi
Walau ketentuan belum pasti
Aku bahagia dengan persahabatan ini
Pertemuan hanya di lelaman e
Namun perbualan tak pernah singkat
Ada sahaja yang nak dikongsi
Semuanya datang berperingkat-peringkat
Kita punya kesukaan yang serupa
Layari zaman kanak-kanak dalam fantasi
Aku puteri dan dia putera
Hidup penuh dengan imaginasi
Persamaan mungkin satu kebetulan
Kebetulan yang tidak pernah kubayangkan
Menyerlahnya dia dalam keistimewaan
Mungkin kah ini satu ketentuan?
Harapan demi harapan aku tetapkan
Moga perkenalan berkekalan
Bukan setakat di sini sahaja
Mungkin juga hingga ke syurga
