<$BlogRSDUrl$>

Thursday, April 08, 2004

Emosi kah Aku? 

by Ikinz

Mengapa harus mudah terasa?
Mereka juga punya rasa
Dan sikap yang tersendiri
Sudah sebati dalam diri

Hendak ku marah... maafnya telah kuterima
Hendak ku luahkan... takut di salah ertikan
Jika di pendam... kesedihan melanda
Tapi apakan daya... ketentuan telah ditetapkan

Mungkin juga aku mudah terasa
Mungkin kah juga ia balasan
Dari Tuhan aku terima
Kerana pernah bersikap demikian

Aku jadi tidak suka
Inikah dinamakan manusia
Adat kehidupan yang berbeza
Antara suka dan duka

Tidak mengapa lah kan
Mungkin ini satu pengajaran
Buat aku iktibarkan
Agar tidak lagi berlaku demikian

Betul kah aku wanita emosi
Mudah menghayati lagu menyayat hati
Bila didengar... macam satu kelemahan
Di renung semula... ia satu keistimewaan

Comments: Post a Comment