Tuesday, April 20, 2004
Pasrah Pada Takdir
Muak sudah dengan kekecewaan
Tiada peluang untuk kecapi keinginan
Mengapa harus berharapan?
Sering sahaja bertepuk sebelah tangan
Di sebalik kata-kata ada kebenaran
Dari diri sendiri datangnya kesalahan
Dari Allah datangnya kebaikan
Justeru setiap kelakuan ada balasan
Ku harapkan kasihnya orang
Perasaan diluah buat renungan
Jawapan sentiasa tiada yang girang
Jadinya hanya satu luahan
Takut kecewa, mereka tidak tahu
Ku mulakan dahulu langkah pertama
Terasa lega setelah diberitahu
Namun harus ku tanggung apa jua akibatnya
Biar kan hati melayan rasa
Sering kecewa, keputusan yang diterima
Biar ramai yang datang bertanya
Namun hati tetap pada pilihan yang suka
Pada takdir aku pasrah
Tidak terbayang haluan ku
Ikhtiar sudah, hinggakan lelah
Biar lah hati ini rehat dahulu
*My hopes are high this time. Perhaps, I'm going too fast. Mungkin... asam di darat ikan di laut, dalam belanga bertemu juga*
