Monday, June 14, 2004
Begitukah Kata-kata?
Begitukah kata-kata
Menjadi panas menjadi dingin
Tidak jadi punca
Mengasak fikiran yang mencabut
Duri mengganggu perjalanan.
Keseorangankah
Kerana langkah ini
Tidak pernah diterokai
Menepuk dadakah
Akulah seorang di sini
Dan kau yang lain-lain
Bukanlah...
Menjadi makin mendalam
Kehibaan mencari makna
Perjalanan orang-orang paling tahan
Di tengah-tengah hidup memagut kebendaan.
