<$BlogRSDUrl$>

Thursday, August 19, 2004

Hidup Nyata 

by Penulis Rahsia

Dengan hak apa aku diberitahu
Hidup ini kepenuhan nikmat mimpi
Kebisuan sendiri di tengah keributan tegang.

Jauh kuturut keputusan bimbang begini
Mencari penemuan disorak-sorak buatan;
Kerana penglihatan yang tak dapat kutolak.

Berganjak kakiku mahu mengejar bayangan tertayang
Aku tidak betah bertahan tanpa harapan,
Tersisih menggilai kenyataan tidak berwajah.

Bicaraku di sini kerana diberitahu:
"Kekurangan tiap tindak menguasai latar hidup".

Comments: Post a Comment