<$BlogRSDUrl$>

Saturday, November 20, 2004

Mengapa Kesedihan Terasa??? 

by Ikinz

Mengapa kesedihan melanda
Di bulan yang mulia
Ku kira sudah ku tepis segala duka
Namun masih ada sisa

Ku pernah dikatakan “obit”
Tidak punya kebolehan bergaya
Tidak pandai berfesyen
Iya kah?

Ku juga pernah dikatakan penyibuk
Sibuk dengan hal orang lain
Suka ambil tahu tentang orang lain
Hinggakan membawa kebencian mereka?

Lantangkah aku ketika berbicara?
Hingga menjemput kebencian mereka
Betulkah?
Mengapa dengan aku?

Ku pernah dicabar membuat sesuatu
Keupayaan ku diperkecilkan
Bukan nya ingin ku menunjuk
Yang ku lakukan adalah yang termampu

Ku hanya ingin berdikari
Tanpa perlu pertolongan mereka
Seandainya perlu… akan ku pinta
Namun… tindakanku di salah ertikan

Aku suka berdikari
Pertolongan yang dipinta
Belum tentu ada yang ikhlas menolong
Dengan tanpa ada rasa terpaksa

Bertahun ku simpan luahan ini
Namun… rasanya tetap ada
Bukannya aku berdendam
Tapi masih ada cebisan rasa…

Ku tak ingin kan kepujian
Ku hanya lakukan apa yang termampu
Ku tidak pinta balasan
Hanya kefahaman dari semua di sekelilingku

Ku berharap keluarga ku dapat bersatu
Bersepakat membuat sesuatu
Berpegang teguh dalam menangangi masalah
Dan membuat amal ibadah bersama

Adakah aku nerd??
Hanya kerana tak pandai beramah mesra??
Dan tak pandai bergaul sesama mereka?
Hanya kerana aku tidak seperti mereka

Mengapa sukar bagi mereka untuk hormati
Keinginan ku untuk bersendiri
Kesibukan yang melanda diri
Mengutamakan sesuatu yang lebih penting

Tak cukup kah penat lelah ku menyiapkan semua
Sebelum nya tiba hari bahagia?
Ku hanya ingin bersendiri buat seketika
Di bulan yang mulia ini

Sombongkah aku?
Kerana mengasingkan diri buat seketika
Ku fikir Syawal ini menjadi kan aku lebih bahagia
Namun gembiraku hanya seketika

Ghairahnya ku mati tiba-tiba
Tekanan…
Iya kah???
Aku pun tak pasti...

Yang pasti ingin ku pergi jauh dari mereka
Buat seketika walau pernah ditegur
Agar tidak memagari diri
Dari mereka di sekeliling

Namun… kekadang masa ku perlukan
Untuk bersendirian
Inilah cara aku dapat ketenangan
Tiada gangguan… tiada usikan

Kebahagiaan ku terasa semasa Ramadhan
Semua kenangan terimbas kembali
Adik-adik yang turut mengerumuni
Riang tertawa melihat gambar bersama

Tawa mereka membahagiakan
Di keheningan pagi…
Mata mengantuk… tak ku hiraukan
Hanya kerana ingin menikmati keseronokan mereka

Ku lihat bahagia di keliling mereka
Mereka punya keluarga yang bahagia dan soleh
Ada yang dapat sokongan keluarga
Tika suka dan duka... merekalah yang mendampingi mereka

Dan aku?
Kebahagiaan... kesedihan...
Ku simpan sendiri
Tiada yang ingin mengongsi

Bila agaknya akan ada solat jemaah di istana ibuku ini?
Bersama seluruh ahli keluarga ku
Berjemaah mendirikan solat
Mendirikan sebuah keluarga yang soleh

Dengan kejahilan mereka
Dengan maksiat di depan mata
Membuat aku rasa bersubahat
Dengan sesuatu yang tak ingin ku lihat

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berdoa agar keluarga ini
Akan jadi sebuah keluarga yang soleh
Tiada kepura-puraan

Biarlah sederhana
Namun keimanan… membantu membina
Sebuah keluarga yang soleh
Dan bahagia

Sejarah Nabi menjadi penghias masa lapangku
Aku kagum dengan Rasulullah
Dapatkah aku menjadi sebaik diri nya?
Insya-Allah….. Amin

Comments: Post a Comment