<$BlogRSDUrl$>

Saturday, April 23, 2005

Mengapa Muncul Kini??? 

by Ikinz

Lama sudah tidak berhubungan
Kunjungan hari ini satu kejutan
Mengapa kau hadir di saat ini
Tika hati sudah tidak rindu lagi

Tiada rasa tiada bicara
Hati kosong mendengar berita
Kau dan mereka kunjung tiba
Sekian lama menghilang sahaja

Hanya debaran yang aku rasa
Tika diberitahu kedatanganmu
Ku kira kau sudah lupa
Kisah kita... semenjak 7 tahun yang lalu

Mereka lupa akan diriku
Bermesra suatu masa dahulu
Aku sedih mendapat tahu
Mereka tidak mengenali diriku

Ku kecewa hampir hujan
Namun ku tabah dengan keadaan
Cuba berinteraksi seadanya
Yang lalu seperti tiada

Perbicaraan bermula dariku
Si kecil mahu bermesra dengan ku
Malu hendak berbual denganku
Si kakak lupa terus padaku

Apa salahku hingga begini takdirku
Perginya mereka tika diri sudah tidak diperlu
Kembali kini... tanda tanya yang satu
Adakah udang di sebalik batu

Tiada dendam dalam jiwa
Hanya kecewa membentak rasa
Mereka bahagia bersama keluarga
Walau bukan dengan kekanda

Aku redha dengan ketentuanNya
Biar mereka lupa akan diriku
Namun aku tetap setia
Hadapi semuanya yang ditakdirkan untukku

"Dewasa sudah, mereka... Hingga terlupa ku akan rupanya..."

Comments: Post a Comment