Sunday, June 19, 2005
Jeritan Batin Ku...
Kesunyian mencengkam jiwa
Melihat mereka bahagia
Hidup penuh diberkati
Bersama orang-orang yang disayangi
Aku bukan dari keluarga yang berada
Bukan juga dari yang sempurna
Dari keluarga yang kasar bahasa
Bagaimana nak ku cari teman hidup yang sebaliknya?
Tidak ku usaha ataupun mencari
Yang boleh menjadi teman hidup ku ini
Malu, segan atau tidak kuasa lagi
Kerana kecewa dan kecewa lagi
Sesekali diri terasa
Kesunyian menyelubungi jiwa
Nak bersembang tapi dengan siapa?
Kawanku terhad... segelintir sahaja
Ramai dah berumahtangga
Yang tinggal... tidak sehaluan minatnya
Banyak activiti yang ingin ku cuba
Tapi dengan siapa? Kawan baru kah?
Niatku terbantut, pincangnya kaki
Pabila tiada yang minatnya seiring
Berkongsi, menikmati samanya hobi
Tingkatkan diri hingga yakin
Kebebasan kuperolehi sepenuhnya
Memilih jalan hidup ku sendiri
Ku tak punya kawan sehobi
Hidupku jadi bosan sekali
Tak ku berani berkawan-kawan
Jika tiada yang mendekati
Malukah aku? Ataupun segan?
Mereka punyai kawan sesama sendiri
Tiada pasangan tak pernah ku heran
Lalinya aku dengan cinta permainan
Sesekali bila kesunyian
Terasa sungguh ingin berteman
Tiada harta... tiada teman
Tiada yang boleh ku lakukan
Bersendirilah aku cari kedamaian
Mencari sesuatu yang ku inginkan
Kenapa aku segan dengan kaum adam?
Buktinya... ku dikelilingi teman perempuan
Tak yakin kah dengan penampilan?
Mungkin... tak reti dalam pergaulan
Mereka ada adik, mereka ada abang
Mereka ada orang untuk habiskan masa bersama
Ku juga punya adik, aku juga punya abang
Tapi mengapa tak ngam seperti mereka
Ku tak suka cara mereka
Cara berteman dan pergaulan
Cara yang bukan aku senangi
Menghabiskan masa... terlupa pada Allah
Ku lihat teman yang suka habiskan masa
Caranya sama tapi ada perbezaannya jua
Tapi mereka tidak leka
Ada masanya untuk mengingati Allah
"Kala ini ku rasa sunyi sesunyinya. Baru lepas melayari blog teman yang sudah berumahtangga. Rumahnya indah di hadapan taman. Familinya sungguh berpandukan ugama... Ya Allah! Hilangkan lah kebosanan dalam diriku dan jadikan lah aku insan yang pandai membahagikan masa... Amin."
