<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, June 21, 2005

Nabi Bersabda... 

taken from Kalendar 2003 (Masjid Hj Md. Salleh)

Januari
Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yang telah berkahwin, sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang baki."

Februari
Nabi s.a.w. bersabda,
"Siapa mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman Syurga penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetik sampai dia kembali."

Mac
Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidak seorang jua pun orang Muslim yang tertusuk duri atau lebih dari itu, melainkan dinaikkan Allah Ta'ala darjatnya satu tingkat, dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan (dosa)."

April
Nabi s.a.w. bersabda,
"Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berperang fisabilillah."

Mei
Nabi s.a.w. bersabda,
"Siapa yang menghiburkan orang yang ditimpa musibah, maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang menderita itu."

Jun
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jauhilah sifat dengki kerana dengki itu memakan segala kebajikan seperti halnya api memakan kayu bakar."

Julai
Nabi s.a.w. bersabda,
"Ucapkanlah kepada manusia kata-kata yang baik, nescaya engkau beroleh bahagia pada hari kiamat."

Ogos
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, sebenarnya orang itu telah menghinakan dirinya sendiri."

September
Nabi s.a.w. bersabda,
"Orang yang menutup aib orang lain di dunia, nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari kiamat."

Oktober
Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya kebajikan itu melenyapkan segala kejahatan sebagaimana halnya air membersihkan segala kotoran."

November
Nabi s.a.w. bersabda,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia."

Disember
Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik sekalipun kecil. Walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."

"Buat renungan bersama..."

Comments: Post a Comment