Thursday, June 23, 2005
Pertemuan Hari Ini
Pertemuan memang ku nantikan
Tiba akhirnya untuk raikan
Gembira di hati masih terasa
Berjumpa kembali Xinlus 2002
Kekosongan hati terisi kini
Berjumpa juga kawan-kawan
Ramai juga yang jadi guru dari NIE
Buat ku lebih semangat untuk teruskan
Bahagia dan sedih selubungi jiwa
Seorang demi seorang ke jinjang pelamin
Ada yang sudah beranak pinak pun ia
Ada yang berkasih sesama sendiri
Terperanjat pun ia, gembira pun ia
Dengar berita mungkin mereka bersama
Kalau ia bersyukur lah aku
Semoga kekal ke anak cucu
Perbualan demi perbualan
Buat ku tersenyum
Sesekali berjumpa dan bertukar fikiran
Tentang profession seorang guru
Nak mengharap rasanya tak harus
Ia hanya a friendly gesture
Bertukar nombor untuk berhubung
Untuk saling bertukar-tukar material
Masih ada yang menyendiri
Tanpa teman seperti aku ini
Ku lihat ia sebagai cabaran
Untuk ku cari di NIE di masa hadapan
Sungguh indah berangan-angan
Bersama orang sama angkatan
Menjadi guru bukan igauan
Berjuang dan berjuang tiada tandingan
Moga Allah kabulkan
Doa yang ku panjatkan
Bertemu sesorang yang seangkatan
Berjuang dan berjuang dan terus berjuang
*Pertemuan semasa YK's wedding di Grand Hyatt Hotel pada 22 June 2005*
