<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, June 08, 2005

Selamat Pengantin Baru!!! 

by Ikinz

Hari demi hari berlalu pergi
Pantasnya berlalu tidak ku sedari
Hari bahagianya tiba jua
Setelah ura-ura mendengar berita

Pilihan hatinya... rakan sekolah
Sama-sama kuliah
Sejauh mana hubungan tidak ku ketahui
Dia adalah pilihannya... itu yang pasti

Kerana terlalu rupawan
Kerana ada berpelajaran
Kerana aku orang Singapura
Aku bukan pilihannya

Tak dapat ku ceritakan
Perasaan ini ketika berpandangan
Atas pelamin bersandingan
Bersamanya wanita pilihan

2 hari di sana... jarang berbicara
Hanya teguran memanggil nama
Hanya pelawa bergambar bersama
Hanya teguran meminta diri pulang saja

Sama tinggi sama padan
Tanda bahagia... terukirlah senyuman
Bersyukurnya aku dengan keadaan
Dapat mengawal perasaan

Takut nak beri tenungan
Takut nak mula perbicaraan
Diam membisu jadi hiasan
Begitulah aku kelihatan

Selamat sudah diijabkabulkan
Bina masjid suruhan Tuhan
Selamat Pengantin Baru kuucapkan
Hingga ke akhir hayat... moga berkekalan

"Roon diijabkabukkan 4 June 2005. Kenangan terpahat dalam ingatan. Namun, dia bukan jodoh ku. Allah lebih mengetahui takdirku..."

Comments: Post a Comment