Saturday, July 23, 2005
Bertemu dan Berpisah...
Bertemu dan berpisah
Itu lumrah dunia
Setiap detik dan setiap langkah
Ada bermula dan jua akhirnya
Hari terakhir di Nan Chiau Primary
Sungguh bermakna sekali
Berakhirnya dengan acara sejarahnya
Lakonan dan tarian murid-muridnya
Pandangan mungkin berubah
Tapi perasaan tetap sama
Perasaan terhadap guru-gurunya
Yang ku kenal dari hari pertama
Terharu dan pilu rasa dikalbu
Mereka mengambil berat tentang diriku
Ini hari terakhirku
Sentuhan yang diberi cukup jitu
Malu dan segan tetap ada
Dalam naluri dan jiwa
Namun kekekekan mereka
Membuat aku tertawa
Ingatan ku pada hari pertama
Takut dan gementar dengan sesuatu yang baru
Mereka buatku begitu selesa
Tiada lah janggal selepas itu
Cikgu Malah sungguh prihatin
Cikgu Ifah selalu buat semua tertawa
Cikgu Yati sungguh friendly
Cikgu Zila pulak asyik dengan "chill" nya
Cikgu Eli kalau tak kenal maka tak cinta
Cikgu Zai penyayang orangnya
Cikgu Wilsa gerek sekali
Cikgu Mas asyik ber"awak" dan "saya"
Cikgu Mariam pulak macam garang tapi baik hati
Cikgu Suffian boleh tahan kalau berbual merepek
Cikgu Raime malu malu gerek
Cikgu Azmi rock maintain sey
Cikgu Adam pulak suka mengusik
Sementara tapi bermakna
Mengajar dia sana
Walau sekolah berbudayakan Cina
Mika-mika ni semua membuatkan suasana berbeza
Patut sungguh digelar guru semuanya ni
Mengambil berat dan baik hati
Kata-kata akhir dari mereka
"Kalau perlu pertolongan, call ajer"
Untuk semua cikgu-cikgu kita
Kamu tahu kamu siapa
Saya akan rindu kamu semua
Jangan lupa "keep in touch" iye!
