<$BlogRSDUrl$>

Friday, August 19, 2005

Kejutan Demi Kejutan... 

by Ikinz

Kejutan demi kejutan
Itu yang boleh ku katakan
Mulanya 18 haribulan
Hingga lah 19 haribulan

Ipar ku datang berikan kejutan
Hadiah diberinya sebuah buku
Disampaikan oleh sayangku cwin cwin
Dinyanyikan pula lagu untuk ku

Sms ku terima di tengah malam ria
Dari Ifah rakan sekerja
Sms gambar tak dapat ku buka
Di nyanyikan pula dalam sms nya

Ucapan demi ucapan ku terima niari
Dari mereka yang sungguh prihatin
Dari Mala... nak nynyikan lagi
Lagu Nan Chiau dalam bahasa Mandarin

Untuk yang lain-lain yang beri sms
Amat terharu rasa di hati
Hendak ku ucapkan terima kasih(s)
Dari jauh di lubuk hati

Senyuman panjang tak lekang di bibir ini
Terima ucapan dari teman disayangi
Pagi-pagi dah talipon mencari
Yang satu tu lagi... bagai ku berbual tika bermimpi

Rasanya biasa tika di rumah
Tiada rancangan hendak berhibur
Agaknya memang ku suka lepak di rumah
Hari special pun... tiada berlibur

Kejutan seterusnya dari Zaki
Katanya terlupa something
Ingatkan apalah si dek ni
Disalamnya aku... ucapkan Happy Birthday!

Pau kukus kegemaran ku
Ku capai satu demi satu
Ku makan dengan penuh laju
Mak katakan "Happy Birthday to U!!!"

Tak pernah kuterima ucapan dari mereka
Walau kita tinggal serumah
Ulangtahun adalah perkara biasa
Tiada istimewa buat semua

Kerana itu lah, bagaikan kejutan
Untuk tahun ini aku rasakan
Tapi tak apalah... hendak diapakan
Mungkin ini satu perubahan

Malam tiba... satu lagi kejutan
Aku sibuk di komputer
Bilik ku gelap tak ku sedarkan
Aleh-aleh... datang Avian dan Mimi dengan ketawa

Dengan kek cokelat berlilinkan lapan
Dua yang besar dan enam yang kecil
Mereka nyanyikan lagu "Happy Birthday"
Aduhai... aku ketawa terkekek-kekek

Siap bergambar... pizza pun tiba
Sungguh spontaneous aksinya mereka
Teringat aku pada masa dulu
Along buatkan barbeque tika aku 21

Dijemputnya keluarga tika aku 22
Dengan makan-makan yang tak ku sangka
Datangnya semua ahli keluarga
Masa itu.. Idah pun ada juga

Masa berlalu terlalu pantas
Kini hanya tinggal imbasan
Yang terjadi niari pun sungguh pantas
Tapi dalam hati... akan sentiasa ku lekatkan

Ku tunggu saat hari Sabtu
27 Ogos... lagi satu minggu
Kitakan bersama makan malam gitu
Di restoran... tempatnya belum tahu

Kejutan ini sungguh bermakna
Selepas kenangan 2001
Akan ku ingat kenangan semua
Bagaimana mereka buatku bahagia

Ku tak pernah impikan sambutan. Tapi apa yang terjadi... sungguh membahagiakan. Terima kasih pada semua... Yang mengingati dan menyayangi diri Uda...

Comments: Post a Comment