<$BlogRSDUrl$>

Friday, September 30, 2005

Hari Demi Hari... 

by Ikinz

Hari demi hari berlalu pergi
Tanpa ku sedari aku masih sendiri
Pengalaman di sekolah pun tiada yang istimewa lagi
Aku bagai masih lagi tercari-cari

Mereka kata sekolah seronok sekali
Tuntut ilmu dikelilingi kawan sekolah
Tiada tekanan yang amat sangat ni...
Dibanding dengan mengajar di sekolah

Pandangan ku berbeza pula
Lebih seronok mengajar di sekolah
Kerana aku tak sendiri sahaja
Bahagia bersama kawan sekerja

Aku inginkan perhatian ke?
Aku bukan saddist...
Tapi aku nie kenapa?
Suka bandingkan diri dengan yang lain

Mereka rapat dengan Melayu
Aku boleh ngam dengan Cina
Bukan aku tak suka Melayu
Tapi aku sendiri segan dengan mereka

Mereka ada clique sendiri
Aku terkontang kanting sendiri
Mungkin kah aku tak reti nak menyesuaikan diri
Bersama mereka di sekolah ini?

Hidup sendirian bukan lah indah
Buat hal sendiri kekadang berguna
Tapi kalau tak bermasyarakat
Macam mana nak kembangkan persaudaraan?

Di rumah aku sendiri
Di sekolah aku sendiri
Di mana-mana aku pergi aku sendiri
Apa yang aku ingin lakukan... hanya aku sendiri

Mereka kesian kan aku
Aku tak minta simpati mereka
Mesti ada yang tak kena dalam diri aku
Yang kerana itu aku ditakdirkan begini rupa

Apa dia?
Aku bingung...

Tekanan kini menguasai diri
Apa guna baca buku motivasi
Ia belum dapat aku kuasai
Hilangkan risau... fikir yang positive

Tiada orangkah yag boleh beritahu aku
Yang aku punya keistimewaan sendiri
Tapi apa dia tu?
Aku sendiri pun tak pasti

Orang ketawa bila aku tertekan
Aku rasa macam aku dah nak gila
Kerana mereka asyik berkata
"Itulah... siapa suruh kau tukar kerja?"

Sekarang aku terfikir juga
Adakah ini yang patut aku terima
Aku memang nak jadi guru
Tapi bukan dengan ejekan begitu!

Mereka kuat melawan tentangan
Aku lemah dengan tentangan
Mereka jadi kental dengan cubaan
Aku terus hilang semangat bila ditindas

Ya Allah... Berilah aku kekuatan. Jadikan lah aku insan yang berani. Jadikan lah aku insan yang dapat menerima diriku seadanya... yang dapat berdiri dengan pendirian diri. Amin...

Comments: Post a Comment