Saturday, October 15, 2005
Hanya refleksi...
Banyak perkara yang nak diperkata
Tapi tak tahu dari mana nak mula
Banyak perkara yang dah aku terlupa
Apa nak buat... biarkan sahaja
Puteri Impian jadi tontonan
Bermain di fikiran, jadi khayalan
Cerita menyentuh perasaan
Tapi hanya sekadar hiburan
Aku pernah berangan
Macam Nora dalam tontonan
Semuanya serupa, hanya satu yang berbeza
Impiannya jadi kenyataan, tapi aku hanya dalam mimpian
Perkara enteng menenangkan fikiran
Lupa sekejap dari tekanan
Tersenyum melihat rancangan
Yang penuh khayalan
Cerita Bara jadi bahan nasihat dari cerita rekaan
Setiap kejayaan mesti ada kegagalan
Kegagalan bukan satu kekalahan
Kesabaran dan keyakinan jadi benteng pertahanan
