Saturday, October 22, 2005
Kenangan Bersamanya Muncul Kembali...
Di keheningan malam
Fikiranku melayang
Muncul dia dalam ingatan
Dengan tiba-tiba ia datang
Gara-gara tontonan tv
Terimbas kembali
Kenangan bersama Romy
Kenapa datang kembali di kala ini?
Walau dia tidak baik hatinya
Tapi kenangan yang ditinggalkan nya
Amat pahit sekali
Memang ini sudah takdir Ilahi
Ingatkan sudah lupa
Tapi masih ada sisa
Walau empat tahun sudah berlalu
Ia masih menghantui ku
Pengalaman demi pengalaman bersama lelaki
Buat ku lebih obsessi
Terhadap semua lelaki
Walau dengan kehadiran mereka yang dinanti
Kenangan pahit amatku benci
Hanya dapat mengangisi yang terjadi
Tidak mungkin aku ingin bersama dia lagi
Kerana telah parah dilukai
Ada masanya ingin ku bersama seorang lelaki
Sesiapa yang ingin menyayangi
Tapi mana mungkin lagi
Kerana aku sendiri tak punya initiative
Adakah aku dilahirkan untuk disakiti
Oleh semua yang aku kenali
Atau memang aku tak pandai jaga diri
Membiarkan orang menyakiti?
Memang aku emosi kali ini
Lagu MLTR hiasi taman hati
Mengapa aku cuma berilham
Tika aku bersedih sakan?
Pengalaman buatku lebih dewasa
Namun aku masih belum cukup dewasa
Untuk tentukan masa hadapan
Yang aku sendiri tak perasan
Ingin ku jadi seseorang yang berjaya
Yang disayangi semua
Namun aku sendiri takut nak bergaul
Macam mana nak bermesra?
Aku cuba jadi yang terbaik
Cuba bayangkan yang aku seorang yang positive
Kekadang... tak dapat aku biarkan
Berkata dan membayangkan... yang aku masih takut
Di akhir kata... ingin aku berbicara
Tentang dia yang hadir seketika
Tak kisah lah tentang segalanya
Memang sudah itu ketentuan Nya
Khabar didengar tiada reaksi
Bagai sudah tiada sangsi
Mungkin aku tiada peluang lagi
Aku semamangnya sudah bersedia dari dulu lagi
Ya Allah!!! Aku perlu kekuatan. Untuk lupakan Romy. Dia sudah jauh pergi dari diriku. Tapi aku masih teringatkan dia. Adakah kerana sentuhannya? Berilah aku kekuatan Ya Allah. Berilah aku keyakinan, kebahagiaan, kesayangan, keberkatan, kemurahan, kesenangan, ketenangan, kelepasan dan kelapangan. Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal A'lamin...
