<$BlogRSDUrl$>

Sunday, November 13, 2005

Kita Tak Sama... 

by Ikinz

Rambut sama hitam
Tapi hati lain-lain
Kita mungkin berkawan
Tapi pendapat kita selalu lain-lain

Harus aku belajar
Simpan rahsia keluarga sendiri
Walau luah pada orang
Mereka tak dapat menolong lagi

Memang betul apa yang aku dengar
Mereka yang hadapi yang lebih ketahui
Persoalan dalam masalah
Yang seseorang itu hadapi

Walau ia satu luahan hati
Mungkin jadi kontroversi
Pandangan mereka berbeza
Kerana pengalaman yang tak sama

Nak ku cerita amat memalukan
Biarlah aku pendam buat hayatan
Jadikan ia satu pengalaman
Yang Allah beri buat dugaan

"Ya Allah... Berilah aku kekuatan untuk menjadi orang yang pandai simpan rahsia. Walau meluahkan akan meringan kan beban, lebih baik disimpan buat pengajaran... Amin..."

Comments: Post a Comment