Saturday, November 12, 2005
Seorang Demi Seorang...
Tahun yang istimewa mungkin juga tidak
Kusambut Raya dengan kejutan
Dapat ucapan dari mereka-mereka
Yang sudah lama tidak kelihatan
Mereka yang pernah menyentuh perasaan
Mereka yang pernah menjadi teman
Mereka yang tidak mahu kusimpan dalam ingatan
Mereka datang dengan amat mengejutkan
Rakan CPF semuanya Cina
Beri ucapan di Hari Raya
Ingat juga mereka pada kita
Walau sudah tak sekerja
Adakah ia kebetulan?
Atau satu yang disengajakan?
Mereka muncul di Hari Raya
Menjadi sebahagian dari perjalanan hidup
Dia pula beri ucapan dengan sengaja
Adakah dia ingin beritahu sesuatu?
Mungkin tidak dan mungkin juga ia
Cara baru untuk berhubung?
Hampir sepuluh tahun berkawan bersama
Sudah lama tak berhubung juga
Dia kecewa sudah lama
Kini muncul... tapi kenapa?
Hari Raya hari istimewa
Bermaaf-maafan sambil beri ucapan
Inilah masa berhubung semula
Dengan mereka yang terputus hubungan
Pelik tapi benar
Mereka muncul di Raya ketiga
Nak kata rindu tapi tak pula
Sudah lali dengan perbuatan mereka
Setiap Raya amat berbeza
Allah beri pengalaman untuk kita fikirkan
Pilih cara yang terbaik mana
Huraikan masalah atau simpan buat tekanan
Biar ku simpan kenangan tahun ini
Orang kata aku emosi
Tapi aku sendiri tak tahu lagi
Biar lah aku fikirkan nya nanti
Macam kebiasaan diri
Mengundur diri acapkali
Bila bermasalah ataupun sedih
Tak perlu orang di sisi
"Ya Allah... Hanya Kau pedoman diri. Yang tahu keadaan diri. Beri lah aku pertolongan yang tak berbilang bagi. Untuk terus hadapi perkara yang Kau beri..."
