Tuesday, December 13, 2005
Dari Hadis...
Januari
Qatadah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda,
"Bahwasanya puasa pada hari Arafah itu dapat menebus dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (H.R Muslim)
Februari
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Berinfaqlah (memberilah) dan tidak usah menghitung-hitung, maka Allah akan memperhitungkannya atasmu." (H.R Muslim)
Mac
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Dan bagi orang yang berpuasa itu akan beroleh kegembiraan dua kali sekaligus, gembira ketika hendak berbuka dan gembira kerana hendak bertemu dengan Allah. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi."
April
Dari Abu Musa r.a: Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang mukmin sesama orang mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan."
Mei
Dari Ibnu Umar katanya,
"Aku telah menciummu (Hajrul Aswad), dan aku tahu bahawa kamu hanyalah batu. Aku lakukan ini kerana aku pernah melihat Rasulullah s.a.w menciummu." (H.R Muslim)
Jun
Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah kamu saling dengki, saling benci dan saling sinis. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara." (H.R Muslim)
Julai
Nabi s.a.w. bersabda,
"Andaikata anak Adam mempunyai satu lembah berupa emas, tentu ia masih ingin memiliki lembah yang lain. Padahal nanti yang memenuhi mulutnya hanyalah tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang mahu bertaubat." (H.R Muslim)
Ogos
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jauhilah sifat dengki kerana dengki itu memakan sagala kebajikan seperti halnya api memakan kayu bakar."
September
Rasulullah s.a.w sabda,
"Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya dalam sembahyang ialah yang paling jauh berjalannya untuk melakukan sembahyang, lalu yang cukup jauh dan seterusnya." (H.R Muslim)
Oktober
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."
November
Dari Anas bin Malik,
"Bahawa Rasulullah s.a.w pernah melawati anak-anak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka." (H.R Muslim)
Disember
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya dalam sembahyang ialah yang paling jauh berjalannya untuk melakukan sembahyang, lalu yang cukup jauh dan seterusnya." (H.R Muslim)
"Buat renungan kita bersama..."
