Tuesday, January 31, 2006
Biar Jariku Meluahkan
Tiap kali teringat namamu
Hati keruan tidak menentu
Wajahmu sering di fikiran
Mengharap selalu keindahan
Hati ingin menjerit-jerit
Meluahkan namamu yang tersepit
Dari celah-celah hati yang perit
Tak dapat ku luahkan kerana sakit
Hendak diluah tapi apa, ya?
Cuma ku tahu ia ada
Dalam jiwa... sukar nak keluar
Tersekat kerana ia baru bermula
Terburu kah aku dengan perasaan
Yang pernah aku lalui dahulu
Rasa yang sukar nak ku tafsirkan
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Hanya pada e-diari ku taipkan isi
Hati yang penuh sesuatu yang tak pasti
Tidak dapat ku nafikan kini
Perasaan yang timbul bukan mainan lagi
Pelik nya aku pada diriku
Orangnya belum pun aku temu
Tapi peribadinya telah ku tahu
Tidak banyak... tapi cukup untuk kenalimu
Lagu Radja bermain selalu di sini
Ku dengarkan untuk menemani
Tiada jemu hingga lah kini
Kerana persamaan kisah diari hati
Bukan Radja saja jadi hiasan
Tapi e-diari ini jadi teman
Biar jariku yang meluahkan
Kerana suara tidak tahu nak menceritakan
