<$BlogRSDUrl$>

Sunday, January 29, 2006

Hadirmu Membawa Sinar 

by Ikinz

Kau menyinari hidupku
Kembali seperti mula-mula dulu
Hadirmu bak sinar yang menerangi
Sekeliling alam yang tegak berdiri

Aku suka bicaramu
Sungguh memerangsangkan diriku
Sungguh menarik perhatianku
Lagi-lagi bila kau kata kau sudi mengajakku

Menyelam... nikmati suasana alam
Dalam lautan penuh keindahan
Kau tahu aku tak pandai berenang
Tapi kau bukakan aku peluang

Kau menarik minatku hingga mendalam
Walau tak pernah aku impikan
Berenang dan menyelam di lautan
Teringin aku mencuba walau hanya sekalian

Siapakah dirimu yang sebenar, wahai Fie?
Baru ku kenal tapi kau sudah berani
Mengajak aku bersukan itu dan ini
Mungkin kah ini satu peluang yang kau beri?

Aku bahagia sekali
Mendapat teman seperti dirimu ini
Sukakan sukan yang lasak-lasak begini
Hendak ku tumpang bergembira sekali

Jika ikhlas dari hatimu
Aku juga ikhlas membalas jua
Persahabatan yang kau jalinkan padaku
Hingga... bertaut minat yang sama

Fie... kenapa bahagia bertaut di hati?
Aku sendiri tidak pasti
Apakah yang ada dalam dirimu?
Hingga aku tak mahu terlepas jadi milikmu?

Pertama kali ku temui
Insan yang minatnya sama begini
Dengan jiwa dan raga ku ini
Tapi sampai ke mana akhirnya nanti, Fie?

Aku sering berharap kini
Agar kau dan aku sentiasa serasi
Melalui activiti-activiti
Yang kita sama-sama minat berkongsi

"Berilah aku peluang Fie... mengenali dirimu dengan lebih mendalam. Walau ku tahu sedikit sebanyak latar belakangmu, biarlah itu semua jadi kenangan. Ku harap kau sudi... menemani dan berkongsi apa jua yang sukar nak ku lakukan bersendirian. Thanks, Fie"

Comments: Post a Comment