Monday, January 30, 2006
Pesanan yang Singkat
Hati nak berkata tapi tersekat
Jari menaip menyampaikan pesan
Kau terima tak sampai sesaat
Kau membalas yang mengejutkan
Teringat dikau pada diriku
Ingin menaip pesanan yang sama
Tapi aku yang terlebih dahulu
Ucapkan Salam Muharram dalam kata-kata
Betul kah... atau hanya kebetulan
Kau ingat akan diriku
Atau sahaja ingin menyedapkan
Buatku tersenyum tidak menentu
Senang sungguhnya rasa
Kau juga menyambut Tahun Baru Hijrah
Bukan mengejar dunia sahaja
Tapi ugama... tidak kau lupa
Aku di timur... kau di barat
Tempat dituju berbeza arah
Walau beza niatnya sama
Menyambut Muharram... bulan mulia
Kagumnya aku pada dirimu
Sedikit sebanyak menambat hatiku
Bagaimana tak ku asyik ingatkan mu
Setiap tingkahmu amatku restu
Kuharap ini bukan lakonan
Tapi ikhlas dari hatimu
Moga diberkati Tuhan
Tiap niat dan lakumu
"Kau ke Masjid Ba'alwi... Aku ke Masjid Kassim... menyambut Awal Muharram..."
