Tuesday, February 07, 2006
Aku Terima Segalanya...
Hari-hari berlalu pergi
Gelodak hati ini mulai surut
Walau masih ada yang tidak pasti
Aku tenang hadapi dan menurut
Walau sering tidak berkomunikasi
Walau bicara tak pernah sekali
Walau bertemu jauh sekali
Ku tetap menerima takdir ini
Syukur pada Tuhan
Yang memberi seribu ketenangan
Selain ketenangan ada semangat
Yang kental... hadapi dugaan dengan hebat
Dia warnai permulaan tahun ini
Cukup membahagiakan sekali
Pernah membuatku berlari-lari
Mencari-cari ke mana dia pergi
Kalau diingat memang kelakar
Dia datang penuh mendatar
Buat aku serba tak kena
Namun sekarang aku dah ok juga
Aku sudah boleh menerima
Kehadirannya memang istimewa
Ku maju ke hadapan dengan tiba-tiba
Lakukan apa saja yang tergendala
Dia menganjak semangat yang terpendam
Kian lama tiada ku tunjukkan
Aku mula memberanikan diri
Menceburi apa yang aku minati
Terima kasih kepada si dia
Syukur juga pada Yang Esa
Kerana mewarnai hidup ku
Tidak lah sunyi begitu
Janjiku satu buat masa ini
Akan cuba dekati dirinya Fie
Walau apa pun yang terjadi
Biar ia jadi pengalaman yang istimewa sekali
Jadi tak jadi
Akan ku fikirkan nanti
Apa yang penting kali ini
Mendekati dan menjadi sahabat Fie
Jika takdir menyebelahi
Mungkin kita akan bersama nanti
Namun jika tidak begitu
Biarlah dia menjadi sahabatku
