<$BlogRSDUrl$>

Saturday, February 04, 2006

Kembara 

by Ikinz

Perlahan-lahan... satu persatu
Terkabul doa kerana sabar ku
Terasa sungguh idaman hati
Jadi kenyataan yang pasti

Rupanya ada yang minatnya sama
Hanya perlu aku bertanya
Kebetulan activiti yang nak kulakukan
Disambut positif oleh kawan-kawan

Tahun ini ada banyak yang baru
Dalam agenda tertulis senarainya
Activiti-activiti untuk tahun ini
Mudah-mudahan... dapat ku kecapi

Aku tegar melakukannya
Lakukan apa saja yang tergendala
Kawan-kawan ada yang memerangsang
Bila lagi jika bukan sekarang

Hanya yang perlu aku siapkan
Semangat, keyakinan, keberanian
Biarlah sekarang... jangan kan nanti
Agar pengalaman dapat ku kongsi

Semangat datang kerana dia
Semenjak ku kenal dia
Dia tak tahu apa yang berlaku
Bagiku... itu semua tak perlu

Apa yang pasti
Aku bersemangat kini
Membuat activiti-activiti
Lasak yang sememangnya nak ku ceburi

Harapan ku agar ia menjadi
Satu mimpi yang aku realisasi
Bukan angan-angan kosong
Kerana aku memang betul-betul

Comments: Post a Comment