Saturday, February 11, 2006
Kerana Percaya Padamu
Kau terlalu asing bagiku
Namun mengapa aku percaya padamu?
Mungkinkah kesibukan buatmu terlupa?
Pada janji yang kau kota?
Aku tak suka memaksa
Kerana aku jugak tak suka dipaksa
Biarlah kau saja yang ke hadapan
Memberitahu aku akan keadaan
Bukan sekali... bukan dua kali
Tapi ini yang keempat kali
Janjimu pada diriku
Kau lupakan walau aku tak mengingatkanmu
Apakah ertinya?
Adakah kau lupa?
Atau kau sengaja?
Memang tak kuasa dengan kerenah?
Tekadku untuk mendekatimu
Memang sukar bagi ku
Apakah yang harus ku laku
Untuk mendekatimu?
Rasanya tak mahu berundur
Sebelum bertempur
Mengalaminya sendiri
Erti kekalahan yang abadi
Aku tak akan memaksa
Namun akan teruskan usaha
Mungkin juga perlahan-lahan
Biarlah kita terus berkawan
