<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, February 15, 2006

Masihku Bertahan... 

by Ikinz

Menghitung hari bagai perit sekali
Sudah hari yang ketiga kini
Aku bertahan mendiamkan diri
Tanpa sebuah pesanan untuk Fie

Tekadku untuk seminggu
Kalau dapat bertahan... syukurlah
Kerana itu adalah bukti bagiku
Aku boleh lupakannya seketika

Bukan untuk mengundur diri
Tapi untuk mengalih konsentrasi
Pada pelajaran yang bertimbun-timbun ini
Semoga dapat aku lakukan dengan penuh dedikasi

Bukan saja untuk pelajaran
Ada maksud yang aku selindungkan
Ingin juga mengujinya
Manalah tahu kalau dia merindui akhirnya

Minggu hadapan mungkin sibuk sekali
Masanya tiada untuk berkomunikasi
Aku akan ke OBS nanti
Dan dia... berdiving lagi

Waktunya serentak nanti
Tika ku pulang, dia pula yang pergi
Alahai... rindulah lagi
Perginya untuk berseronok lagi

Tak apalah... kerana keadaan
Biar dua minggu ini jadi ujian
Untuk kita nanti renungkan
Siapa yang ikhlas dengan apa yang ditakdirkan

Ada baiknya kita bersibukan
Tika itu, aku sedang bercutian
Cuti sekolah akan tiba
Namun harus lakukan kerja sekolah

Sibuk ku cuma di Ubin saja
Akan terisi masa yang ada
Cuba menikmati pengalaman yang terbuka
Rasanya... perlu kental seterusnya

Comments: Post a Comment