Wednesday, February 01, 2006
Pendapat Kita Berbeza
Hati manusia sukar ditafsir
Selalunya kita berpetir-petir
Kau dan aku kenalnya lama
Tapi sering ada pendapatnya berbeza
Kau dan aku dulu berbeza
Haluanmu ternyata tak sama
Aku, duniaku dan sekeliling
Penuh dengan bersendirian sering
Kau tegas dalam segalanya
Aku lemah ada perkaranya
Walau kita berbeza lahirnya
Namun dia menyatukan kita
Aku bahagia bertemankanmu
Kau candi membuatku
Ketawa dan juga
Tersenyum melayari hidup kita
Namun begitu masih ada
Acapkali perbezaan ku rasa
Kau tak faham kedudukanku
Dari pendapatmu buatku keliru
Mungkin benar... mungkin kan tidak
Hanya aku ada rasa
Ikut hati yang kian lara
Rasanya tak mahu mengikut kata
Aku masih sukar nak percaya
Kau dan aku kenalnya lama
Walau sukar seiring sekata
Namun kau dan aku tetap bersama
Maafkan aku kerana meluahkan
Bukan membenci tapi ingin membicarakan
Adakalanya kita berbeza
Dalam minat... dan apa jua adanya
Maafkan aku jika ku kata
Aku cemburu dengan yang kau ada
Kau punya personaliti
Dan dikelilingi rakan-rakan sejati
Duniaku berbeza sekali
Aku lebih suka menyendiri
Bila ku sayang... ku sayang sekali
Dan bila ditinggalkan... hatiku jadi mati
Lain orang lain nasibnya
Kau dan aku ternyata berbeza
Nasib ku dan nasib mu
Tuhan tentukan memang begitu
Luahan ini sekadar renungan
Untuk diriku yang kebingungan
Niatku lain ditafsirkan lain
Pendapat ku sering disangkakan lain
