Friday, February 03, 2006
Sajak-sajak Ku
Sajak-sajak ku sering ditulis
Hanya aku yang memahami
Walau ada yang cuba menafsir
Salah tafsirnya... sukar nak ku terangi
Aku menulis... mereka menafsir
Acapkali disalah tafsir
Tidak ingin ku leraikan
Sajak... memang untuk jadi ulasan
Ku bahagia menulis di sini
Luahan hati... dari sanubari
Apapun yang orang tak ketahui
Ada dalam diri dan hanya aku yang merasai
Aku wanita penuh hati-hati
Merasa hadirnya setiap inci
Aku disuruh berfikiran logik
Tapi mungkin kah mereka rasa apa dalam diri?
Apa yang kurasakan kini
Semenjak berkomunikasi dengan Fie
Walau bersua belum lagi... namun hati ini
Memang sukar hendak difahami
Akulah insan yang punya harga diri
Tak perlu disuruh itu dan ini
Ku tahu mana yang perlu dibaiki
Untuk diriku ini
Bukannya sombong ataupun dengarkan malas
Tapi aku masih berfikiran waras
Ada perkara tak perlu ku ulas
Fikiran yang matang boleh membereskan
Cuma ada kalanya
Hati sebak hendak berkata-kata
Pada siapa ingin ku luahkan
Jika tidak kepada mereka yg berdekatan
Ku beritahu satu dunia
Ku suka pada si dia
Kerana buntu ku menahan rasa
Ku beritahu... pada telinga yang ingin mendengar
Ku tulis dan menulis tanpa henti
Selagi ada idea ini
Berlalu dan mengalir
Bagai air deras mengalir
Mataku ngantuk... hati masih terguris
Namun tangan masih nak menulis
Akan ku sambung di lain musim
Mengikut hati... terajui hidup yang berpesen-pesen
Di mana nak ku berpaling
Di sana sini kau hadir
Biarlah dikau jadi hiasan
Hidupku yang kian membosan
Biar ia menjadi sesuatu yang padat
Agar kisahku tidak lah bosan
Dengan hadirmu memberi semangat
Yang jitu... untuk ku teruskan
