Monday, February 13, 2006
Tiakan Mu di Subuh Hari
Keheningan subuh yang dingin
Kala masih berselubung selimut
Oleh semalam yang tak lena
Kerana tiada jawapan darimu
Kau kejutkan dengan pesanan
Walau singkat... aku mengerti
Memang sudah apa yang dijangkakan
Tiada kesempatan hendak menemui
Jawapan pertama dulu buatku tersenyum
Perubahan kedua buatku sangsi
Memang sudah ku maklum
Mungkin kau tak dapat menemani
Dirimu memang terlalu aneh
Atau mungkin aku yang aneh
Walau kau tak dapat pergi
Aku tersenyum dengan pesanan pagi
Selain jawapan... ada pesanan
Yang lain kau selitkan
Mungkin aku pernah juga katakan
Kau ingatkan aku pada Tuhan
Alangkah manisnya hidup ini bila orang yang disayangi mengingati... setiap apa yang diajari... oleh Tuhan dan Nabi.
