<$BlogRSDUrl$>

Friday, March 24, 2006

Pengorbanan Ku Sia-sia... 

by Ikinz

Pengorbanan ku sia-sia
Bukan salah aku… hutang rumah tidak terbayar
Aku hanya memantaunya
Bila aku bertanya, ia jadi satu kemarahan pula
Kenapa? Salah aku kah?

Aku fikir pengorbanan yang aku buat untuk Mak…
Cukup untuk menyelamatkan semua
Tapi, sebaliknya yang terjadi
Mak marah padaku kerana mereka tidak menuntut janji

Bagaimana dengan aku nanti?
Aku juga ingin miliki rumah sendiri suatu hari nanti
Dengan keluarga sendiri
Bersuami dan punya anak-anak nanti

Salah aku kah?
Mengorbankan apa yang aku ada…
Hanya untuk Mak?
Demi adik-adik yang masih belum berumah tangga?

Bila sampai sampai masanya
Akan habis juga simpanan itu
Surut kerana membayar hutang rumah
Yang sepatutnya sudah lama terlangsai

Aku berkorban tapi kini aku yang terkorban
Oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan
Jangan salahkan aku nanti
Bila aku sudah lupa saudara sendiri

Batin aku sudah cukup terseksa
Keluarga yang tidak pernah ingin berubah
Membuat aku muak dengan keadaan
Ingin sahaja aku lari…
Tapi ke mana?

Setiap senja… kedengarkan pekikan Mak Wa
Menjerit-jerit pada budak-budak tu
Kenakalan mereka memang sudah biasa
Mengapa harus ia terjadi begitu?

Caranya memang begitu
Tapi memang tidak bagus caranya itu
Untuk budak-budak secerdik
Kakak dan Syukri

Tidak kah Kak Long tahu
Tidak bagus titipkan mereka di sini
Bukan bertambah baik mereka-mereka tu
Tapi semakin degil kerana keadaan yang diberi

Tekanan demi tekanan aku hadapi
Ke mana nak ku sangkal ni?
Keadaan keluarga aku memang begitu
Dari yang tidak teguh pada ugama

Aku menangis... dan menangis lagi
Jeritan batin... hanya Allah sahaja yang dengar
Aku menangis.. dan menangis lagi
Biar ku pendam sebak di hati

Ke mana kah arahku?
Bila wang simpanan habis terpakai?
Haruskah aku berkorban lagi?
Apakah yang harus aku lakukan?

Tolonglah aku Ya Allah…
Aku perlukan pertolonganmu…
Dengan keluarga yang tidak memahami..
Aku seakan tahu apa yang bakal aku hadapi…

Salah aku kah yang semua ini terjadi?
Atau aku tersalah berkorban?
Atau memang ini satu dugaan?
Yang kau beri untuk uji ketabahan?

Ya Allah... Berilah aku banyak kesabaran. Aku tak minta balasan... Hanya pengertian dari semua... Perit yang aku rasa... tolonglah Ya Allah...

Comments: Post a Comment