<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, March 29, 2006

Pengorbanan Mu Mak... 

by Ikinz

Mak...
Kau berkorban demi adikmu
Sanggup kau berjalan beribu batu
Mencari ubat penawar luka
Buat isteri adik yang kau cinta

Walau sejauh mana hatimu disakiti
Kau tetap hulurkan pertolongan
Kepada mereka-mereka ini
Yang selalu menyusahkan diri

Aku yang melihatnya sendiri
Pengorbananmu memang tak terbilang
Jika tidak dihargai oleh mereka yang kau tolongi
Memang mereka tak pandai bersyukur dengan pertolongan

Seringkali memang sukar hendak menafsirkan
Kelakuanmu yang kekadang merobek hati
Kerana ada masanya kau sungguh prihatin
Mengetuk pintu hati anakmu ini

Akanku berjanji wahai Mak
Menjagamu hingga ke akhir hayatmu
Walau kekadang kurasa tersisir
Oleh lakumu yang aku sendiri keliru

Insya-Allah...

Comments: Post a Comment