<$BlogRSDUrl$>

Saturday, April 29, 2006

Apakah Ertinya? 

by Ikinz

Tiap kali ku hadirkan diriku
Kau melatih seperti biasa
Tidak terfikir tentang dirimu
Yang kemungkinan ada rasa

Kata-kata dia membuat aku terfikirkan
Benarkah apa yang dia agakkan
Mungkinkah ini semua sesuatu yang baru
Membuat aku buntu tak menentu

Semenjak akhir-akhirnya
Kau ingin mengajak bicara
Walau hanya seketika cuma
Cukup untuk kita berkata-kata

Kau terlalu muda buat diriku
Ada si dia jugak yang suka padamu
Kau memanglah pernah ku lihat dahulu
Tapi kulupakan setelah ku tahu

Punyanya kau seorang ratu
Dalam hidupmu menyinari harimu
Walau dia bukan bangsamu
Tapi itu adalah pilihanmu

Memang tak ku pandang semenjak itu
Biarlah kau dengan caramu
Kau punya pilihan untuk menentu
Arah hidupmu yang kau mahu

Kini berbeza keadaanya pula
Dia pergi kerana tiada restu
Sudahnya kau bersendirian pula
Mencari ratu yang lain buatmu

Bicaramu biasa sahaja
Tak terfikir yang kau suka
Mungkin katanya yang mengelirukan saja
Membuat aku terpinga-pinga

Tiap minggu tujuannya bersih
Kau guru latih dan aku pelatih
Kau mengambil berat tentang halku
Kau sering ingin aku beregu

Semenjak dua menjak kau giat membantu
Kau ingin aku belajar lebih dari itu
Asyik kau suruh aku dilatih
Belajar silat seni hingga ku mahir

Walau apapun ingin aku beritahu
Keadaan kita buatku tersenyum
Aku bagai diawang-awangan
Mengenang kisah kita yang keanehan

Hilang tekanan di dalam minda
Mengenang dia semuanya tiada
Hanya kerana ada barunya cerita
Sinari hidupku dengan berbagai warna

Satu lagi pengalaman
Allah beri buat pedoman
Moga-moga ada pelajaran
Yang boleh ku buat pengetahuan

Dia sudah tidak segan padaku. Kita sudah mula berbicara. Namun kemungkinan membuat aku malu. Bertemu dan bertentang mata dengannya tiap minggu...

Comments: Post a Comment