Sunday, April 09, 2006
Keintiman Ku Rasa
Semakin hari semakin intim sekali
Persahabatan yang terjalin kini
Kau dan aku ada banyak persamaan
Yang memang tak dapat kita nafikan
Walau jarang bertukar pesanan
Namun kita tetap berhubungan
Jika tidak kau ku hubungi
Kau yang menghubungi
Fie... keintiman yang kita bina
Dapat kurasa keistimewaannya
Kau dan aku terlalu banyak persamaan
Mungkin kah kita akan dijodohkan?
Ku tahu kau sibuk seharian
Dengan pekerjaan yang kau mulakan
Namun aku dapat rasakan
Kau mula menerima setiap perbualan
Mulanya sehari sebentar semalaman
Sejenak sehari cukup untuk permulaan
Kini makin hari semakin berlarutan
Kau izinkan perbualan yang berpanjangan
Kisah semalam masih segar di ingatan
Lebih tepat...di pagi yang keheningan
Kau dan aku... berbual hingga terlupa masa
Hingga ada tikanya kau tertidur sebentar
Kebiasaaannya... kau yang hentikan
Setiap perbualan yang kita mulakan
Mengapa semalam tidak kau ajukan
Kau penat... panjangnya perbualan
Adakah kau rasa apa yang aku rasa
Tidak ingin memberhentikannya
Mengenali hati budi antara kau dan aku
Seakan tiada hari esok lagi begitu
Fie... kini sudah ku tahu
Selok-belok dirimu
Mengapa mereka meninggalkan mu
Kini ku lebih tahu setiap perilakumu
Memang kau tetapkan sejam berbual
Agar dapat kau rehatkan badan
Tapi semalam macam tak masuk akal
Kau melayan hingga subuh diketemukan
Di suatu pagi adanya ujian
Yang amat aku risau-risaukan
Tangan yang gatal tinggalkan pesanan
Menjadi balas-balasan kita berpantunan
Terbukti kini kau pandai melayan diri
Bukan berbual sahaja tapi berpantun juga
Jadinya kau pahlawan... aku puteri
Lucunya... berbalas pantun kononnya di zaman raja
Tiap perbualan kau tinggalkan kesan
Untuk aku ingat-ingatkan
Tiap yang kau kata jadi mimpian
Dalam tidurku kau temankan
Janji yang dibuat dua pertemuan
Kan kita pergi berduaan
Akan jadikah pertemuan yang kau janjikan
Walau masih jauh di hadapan?
Doaku hanya yang terbaik begitu
Buat diriku serta dirimu
Jika memang kau untukku
Aku redha kerana itu yang kudoa selalu
