Friday, April 21, 2006
Tanpa Sengaja
Tanpa sengaja kau sakiti hatiku
Tanpa sengaja kau lukai perasaanku
Tidak ku undang perasaan
Datangnya tanpa memberi salam
Kau lebih pentingkan kekawanmu
Kau tak hiraukan ibu bapamu
Kau rela dijenguk rakanmu
Tapi tidak dari keluargamu
Aku juga terkilan
Kau diam sembunyikan perkara
Mungkin aku bukan teman
Yang kau boleh anggap seperti mereka
Hati kecilku bertanya-tanya
Apakah makna tiap lakumu?
Adakah dikau sengaja?
Atau memang kau orangnya begitu?
Kau beri alasan demi alasan
Memang ia alasan atau kebetulan?
Kepadamu... tak mahu ku buruk sangka
Tapi naluri yang sering berkata
Sepertinya kau bersembunyi denganku
Bukan sekali tapi mungkin acapkali
Perkara yang ingin ku tahu
Takkan kau sibuk sekali?
Siapakah aku di sisimu?
Mungkin hanya sekadar kenalan
Yang datang dan pergi bila mahu
Yang tak usah kau kira bagaimana perasaan?
Lagu... Rossa yang nyanyikan
Lagu Pudar yang kedengaran
Dalam hujan aku meluahkan
Rasa hati yang kebasahan
Hujan dan lagu beriringan
Menemani hati yang tak keruan
Biar aku diamkan diri
Mungkin tak akan kau cari
Kau penuh misteri
Aku sendiri minta Allah tunjukkan
Biarlah aku terluka kini
Jangan di masa aku terlalu kerinduan
Semoga Allah memberi aku petunjuk dah hidayah. Jika dia yang terbaik dunia dan akhirat. Dan jika bukan dia... biarlah aku ketahui sekarang dari nanti aku terlalu menyayangi dirinya. Aku betul-betul redha...
