<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, May 09, 2006

Anehnya Hidup Ini 

by Ikinz

Hidup ini aneh sekali
Mereka datang dan pergi sesuka hati
Aku jadi pelik sendiri
Mungkin kah ini kesalahan diri?

Mungkin ada kekurangan diri
Aku sendiri tak pasti
Tiap kali mereka pergi
Aku jadi buntu sekali

Aku percaya pada kekurangan diri
Bukan senang nak cari
Tiap kali mereka pergi
Tak ku tahu apakah salah ku ini

Mungkin juga tiada salahnya
Mungkin ada yang tak kena
Dari segi karakter aku kah?
Atau aku kurang sempurna?

Perubahan harus bermula
Dari aku sendiri juga
Tapi dari mana nak ku mula
Aku sendiri buntu juga

Betul jugalah apa yang dikata
Datangnya membawa rahmat
Untuk sesuatu yang kita tak pasti
Kali ini... banyak yang aku pelajari

Nampaknya... harusku mencari lagi
Jika tiada untuk dicari
Ada yang menanti di sana
Kerana jika tidak di sini, dia ada di sana

Aku pasrah pada takdir. Apa lagi yang hendak ku kata... Perjalanan ku masih jauh. Mereka bukan segala-galanya. Aku pilih untuk bahagia...

Comments: Post a Comment