<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, May 23, 2006

Ekspidisi Air Terjun Jerangkang 

by Ikinz

Kuantan... Jerangkang... Air Terjun
Ku menerjah hutan belantara
Bersama rakan-rakan baru NTU
Ku kenali semasa di sana

Ku fikir ia hanya hutan belaka
Tapi gunung yang meninggi
Bertepikan juram yang tak bertepi
Boleh pengsan kalau tak kuatkan hati

Penat-penat mendaki
Sungguh puas mandi-mandi
Di kolam teratas gunung ini
Tujuh terjunan air yang ku nikmati

Ku terjun ke kolam yang dalam
Walau teragak... ku lakukan juga
Perasaan takut sebelum ku selam
Tapi pengalaman tak dapat ku lupakan

Penat mendaki mesti hendak mencuba
Menjunam diri ke kolam mandi
Sejuk tak terkira menusuk jiwa
Duduk di bawahnya air terjun... terasa macam jacuzzi

Jerangkang Waterfall Trip at Kampung Paya Bungor from 19 May 2006 to 21 May 2006 with NTU ODAC. Made lot of great friends. Had a real great fun, satisfied trekking experience and unforgetable experience!!!

Comments: Post a Comment