Wednesday, May 03, 2006
Keseronokan Semalam
Kisah semalam menjadi kenangan
Tersemat dalam ingatan
Hani, Sha dan aku berenang-renang
Setelah sekian lama tidak ku laku
Melatih dan melatih aku yang tak tahu
Sambil bersuka-suka dan bergurau-gurau
Hari semalam sungguh mengembirakan
Aku kini dah boleh berenang!
Hilang sekejap segala duka
Duka datang bila ingatkan dia
Kini aku mula terima
Dia hanya seperti yang lain juga
Datangnya membawa satu pengalaman baru
Ditunjukkan untukku layari
Tanpa kehadirannya tanpalah semangatku
Untuk cuba segala macam yang baru lagi
Kehadirannya mungkin hanya satu permulaan
Permulaan untuk aku hidupkan kembali
Keinginan diri yang sekian terpendam
Kini aku kembali beraktif lagi
Terima kasih Fie
Kerana aku dipertemukan denganmu
Tak pernah aku kesali
Antara kita terbinanya perkenalan yang jitu
Bersemangat dan terus bersemangat
Aku harungi hidup dengan tabah
Kebahagiaan adalah pilihan sendiri
Bukan hanya satu ketentuan Ilahi
