Wednesday, May 31, 2006
Redang...
Seperti yang ku inginkan ini
Ke Redang... destinasi seterusnya
Snorkeling... misi ku kini
Ke Redang Laguna Resort akhirnya
Hati terkilan tak dapat pergi
Gunung Stong... Kelantan trekking
Masa suntuk bila diberitahu kini
Masih ada ruang untuk diisi
Harusku pilih satu antara dua
Antara windsurfing dan snorkeling
Atau Gunung Stong dan first aid lah
Menghabiskan masa cuti sekolah Jun ini
Gunung Stong dan first aid ni
Akan ku tolak ke kemudian nanti
Mungkin akan ku pelajari first aid ni
Ambil kursus sekerat hari
Gunung Stong... Insya-Allah
Akan ku ikuti di cuti sekolah
Yang akan datang nanti
Bersama mereka-mereka yang sekaki
Ingin ku luahkan jua hati ini
Hadirnya gembira yang tak terkira sekali
Apakah maksud perasaan ini
Adakah ia kerana ku sudah menerima kini?
Kubalut hadiahnya mereka
Ulang tahun mereka yang ku cinta
Diusik abang untuk kah si dia?
Memang satu darinya untuknya... jika terjumpa
Adanya radio yang baru kubeli
Macam gembira seperti anak kecil sekali
Mendengar siaran radio yang lama kini
Tak aku dengari demi menghiburkan hati
Entah mengapa hati terhibur
Sukar hendak ku ceritakan
Mengapalah agaknya hati berlibur
Mungkin kah kerana percutian ke redang?
Walau apapun kini
Cuti kali ini amat bermakna sekali
Kulakukan segala yang ingin ku alami
Sudah ku harungi majoriti
Tidak sia-sialah pengorbananku ini
Mencari dan mengalami itu dan ini
Tiada apa yang boleh mengambil kebahagiaanku kini
Kecuali Ilahi
Ku pilih kebahagiaan untuk dimiliki
Tiada dia... ku mampu teruskan hidup ini
Pengalaman demi pengalaman yang kuingini
Satu persatu ku buat ia jadi satu realisasi
