<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, May 16, 2006

Tegarnya Aku 

by Ikinz

Kini aku tegar sekali
Setegarnya hati dan sekuatnya iman
Aku sudah boleh terima ini
Keadaan yang sungguh mengelirukan

Ku lihat gambarnya di situ
Bersama rakannya dektu
Apa lagi jika tidak cemburu
Bersama rakannya memang selalu

Kini dibuka mataku
Untuk melihat takdirku
Dia memang bukan untukku
Betul juga katanya ibu

Aku rela serela-relanya
Menerima takdir ia
Susah jika bersama dia
Yang suka yang cantik sahaja

Mungkin kita tak serasi
Cara hidupnya berbeza sekali
Aku masih dengan malu-malu
Tapi dia suka bergaul mesra selalu

Cara kita berbeza
Mungkin sudah kau tahu
Sebab itu kau beralah
Tanpa beritahu aku

Ku kira inilah yang terbaik buat kita
Maafkan ku jika ada salahnya
Tidak akan ku menganggumu
Biarlah kau bebas sesuka hatimu

Aku redha dengan qadak dan qadar
Aku percaya inilah yang kau mahu
Biarlah aku ucapkan salam sekadar
Penutup persahabatan yang tidak ku tentu

Ku ucapkan salam perpisahan buatmu, Fie. Aku redha dan aku kini lebih memahami kehendakmu. Maafkan ku jika ada salahku di sepanjang persahabatan yang singkat ini. Aku percaya... kau lebih tahu kehendakmu. Hidup kita berbeza. Kini... ku ingin kau tahu, aku kuat menghadapi ini semua. :)

Comments: Post a Comment