Friday, June 02, 2006
Puisi Untuknya Suatu Ketika Dahulu
Dalam hati hanya ada satu sayang
Sayang yang dipupuk selama kita berkenalan
Diri ini kini kian melayang-layang
Semenjak Romy putuskan salam percintaan
Mereka di sekeliling tidak mengerti
Mengapa aku masih menyayangi Romy
Oleh kerana Romylah yang pertama sekali
Satu-satunya insan yang dapat mencuri hati ini
Tiap kali kita bergurau
Hatiku ditiak kegirangan
Ingin sekali ku bertanyakan dikau
Mungkinkah ia satu kebetulan atau ada kemungkinan?
Ku terbaca puisimu
Yang kau cipta entah untuk siapa
Ingin sekali ku bertanya padamu
Mungkinkah puisi itu untuk saya?
Kalau puisi khas untukku
Kini kutahu akan maksudmu
Apa yang tersirat di hatimu
Bahawa kau tak pernah sayang diriku
Sungguh tak patut diriku ini
Menceroboh masuk foldernya Romy
Membaca kesemua puisi-puisinya
Makin tabah diri ini untuk melupakannya
Dia bagaikan insan yang tak berperasaan
Meninggalkan aku keseorangan
Namun, aku tak akan berdendam
Kerana... dia juga insan biasa
Sayangku sayang sejati
Bila dah sayang... akan ku terus menyayangi
Besar mana sayangku pada ayah dan Romy
Adalah yang tidak dapat dibandingi
Selak punya selak... terlihat pantun ini. Ku penakan pada 28 Ogos 2002 - 29 Ogos 2002 tika berkursus di CPF HQ.
