Sunday, June 18, 2006
Silat Semalam
Dalam gementar ku ke gelanggang
Kerana seminggu ku menghilang
Sayli mengeyit mata entah mengapa
Aku tersenyum macam biasa
Di permainan yang akhir
Dia pulak jadi tukang hadangnya
Aku tumbuk, tojang dan sendeng
Pegang bahunya dan terus menyepak kakinya
Kesiannya dia mengaduh
Sepakanku kuat sungguh
Rupanya ia bukan perkara biasa
Kulihat dia terurut-urut kakinya
Dia menjeling tika bersenam
Mengakhiri sesi silat semalam
Bila ku balas jelingannya
Dia pura-pura melihat lainnya arah
Mungkin ini perkara biasa
Tapi cukup menghiburkan
Biarlah aku menghadapi semua
Yang indah-indah walau datang sekejapan
Kesian dia mengaduh. Aku lagi boleh mengejek. Ingatkan tak serius. I'm truly sorry Sayli. Lain kali aku tak buat lagi. Semoga kau cepat sembuh...
