Tuesday, July 11, 2006
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Semuanya berjalan lancar
Aku makin bersemangat nak mengajar
Murid-murid sungguh memerangsangkan
Bila aku mengajar ada juga yang tercengang
Alhamdulillah...
Guru-guru dan pengetua semuanya baik
Macam-macam ragam tapi menarik
Inginku mulakan bicara pada mereka
Tapi bagaimana, iya?
Alhamdulillah...
Ku punya guru-guru pelatih yang baik hati
Mengongsi pengalaman itu dan ini
Memang ada taktik yang menjadi
Tapi ada jugak yang back-fire diri sendiri
Alhamdulillah...
Buat masa ini, aku masih berdikari
Berjuang hingga ke akhir nanti
Ada sesuatu yang menaikkan semangatku
Apakah ia itu?
Alhamdulillah...
Di kesempatan yang satu dia menaliponku
Sekadar bertanya tentang persedaaan mengajarku
Kita sering bertukar-tukar pendapat
Dia sungguh banyak idea tapi ada juga yang karat
Alhamdulillah...
Entah mengapa aku diberi kesempatan
Berbual lama dengannya semalaman
Mendapat tahu serba sedikit tentang dirinya
Barulah aku tahu akan keadaannya
Alhamdulillah...
Aku masih waras dan berfikiran
Aku tahu dia sudah berteman
Aku tahu di mana aku berdiri
Di sampingnya... hanya seorang teman didik
Alhamdulillah...
Di luar sekolah aku juga bahagia
Aku sudah mula berjinak-jinak juga
Bersama dia aku berbual segar
Berkongsi pengalaman mengajar
Alhamdulillah...
Aku sudah tidak segan di hadapannya
Berbual dengan dia macam sudah biasa
Tapi itu semua ku anggap takde apa-apa
Kerana aku tak nak kecewa akhirnya
Ku mula mengajar "Teaching Assistantship di Sekolah Rendah Gongshang dari 26 June 2006 hingga 28 July 2006.
