Sunday, September 24, 2006
Ramadhan Datang Lagi...
Kini Ramadhan datang lagi
Ku dikelilingi hati yang sepi
Terkenang aku sejak dari semalam lagi
Orang-orang yang aku sayangi
Kuhantar pesanan untuk rakan-rakanku
Pesanan disambut satu persatu
Hanya pesanan dia yang ditulis sendiri
Pesannya agar aku menjaga diri
Masih terkenang malam raya yang lalu
Sibuknya aku ke sana ke mari hari tu
Kuterima pesanan di sana sini
Dari teman-teman lama lagi
Jiwa terasa sahur yang keheningan
Teringat masa dia tinggalkan pesanan
Masa itu aku sudah ditinggalkan
Hadirnya dia membawa sinaran
Lebih aku gembira tahun ini
Ingin aku sambut Syawal dengan riang
Moga hati ini tidak mati lagi
Kerana aku ingin terus berjuang
Ku perlukan seorang insan lelaki
Untuk mengisi kekosongan hati
Menjadi teman hidup sejati
Untuk lengkapkan suruhan Ilahi
Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua!!! Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini membawa seribu rahmat. Akan ku cuba berterawih di masjid tahun ini. Terasa kelainan berterawih semalam...
