Wednesday, October 25, 2006
Hari Raya Kedua di Sekolah
Hariku ceria bersalut duka
Duka semalam masih terasa
Mak dingin terhadap hamba
Teruk sangatkah kesalahan hamba?
Berpakaian kurung menghidupkan suasana
Syawal tiba hari bahagia
Di sekolah aku bertemu jua
Dengan rakan-rakan yang sentiasa ceria
Ramai yang kata aku manisnya
Berbaju kurung bewarna ungu
Kebetulan bertemu rakan-rakan PE tu
Siaplah dengan usikan memanjang aje tu
Ada terpegun melihat aku
Berbaju kurung bukan selalu
Dalam duka aku terkedu
Mendengar usikan dari rakan-rakanku
Biar hari ini raya kedua
Terasa dingin suasana
Hati tak mahu pulang seawalnya
Kerana dapat kubayangkan kedinginan dirnya
Kerjaanku banyak yang belum disiapkan
Tapi ke manakah arah tujuan
Kalau pulang bukan jalan penyelesaian
Biarlah ku berada dia luar melayan perasaan
Takut marah menghiasi rupa
Akan membuat Mak merajuk pula
Baik berada di luar sahaja
Agar berkurangan bermasam muka dan hati pun tak terluka
Gembira kulihat rakan-rakan di sekolah
Usik-mengusik jadi ingatan
Maklumlah sekolah akan berakhir juga
Minggu depan... minggu terakhirnya
