<$BlogRSDUrl$>

Friday, October 27, 2006

Hatiku Sayu Mengenang Diriku 

by Ikinz

Menghitung Syawal yang berlalu
Namun Mak masih begitu
Dapat ku rasa perbezaan dirinya itu
Merajuk kah dia dengan diriku?

Mungkin peristiwa yang mengguris hatinya
Sehari sebelum Syawal tiba
Mak merajuk kerana kurang ajarnya kita
Mungkin kah aku yang melakukannya?

Mungkin juga aku yang melakukannya
Namun yang lain pun sama juga
Tak kan ketara lakunya aku
Hingga Mak bermasam muka begitu

Hati kecilku tertanya-tanya selalu
Besar sangatkah dosaku?
Hingga Mak tak pandang diriku
Keseoranganlah aku melayan perasaanku

Kalau benar aku berdosa
Ampunkan aku wahai ibuku
Aku rela diambil nyawaku
Dari dikau tak ampunkan diriku

Di saat ini aku bertanya
Punyakah aku sesiapa?
Jika Mak sudah tidak endahkan
Apakah ertinya aku dalam hidupnya

Jika mereka lebih disayangi
Aku redha ke hadrat Ilahi
Kita manusia sudah dibahagi-bahagi
Itu sahaja lah bahagian kasih sayang untuk ku lagi

Ke mana hendak ku bawa diri
Pergi jauh dari sini
Mungubati hati yang luka ini
Agar aku dapat muhasabah diri

Moga dengan pelarian kali ini
Aku dapat memperbaiki diri
Ini satu pengajaran untuk diri ini
Agar tidak kurang ajar dan mengguris hati lagi

Aku perlu mengubati diri
Agar tidak terjerumus lagi
Mengikut sangat kata hati
Hingga mengguris sekeping hati

Mungkin yang lain telah Mak maafkan
Tapi aku? Masih terasa keterasingannya
Kerana aku kerap berada di rumah
Melihat kelakuan Mak terhadap aku

Ciuman kuberi dibalas selamba
Salam dihulur macam tak ikhlas sahaja
Apa lagi yang harus aku lakukan jua
Agar Mak berbaik semula?

Sudahlah Zu... macam kau tak tahu
Memang dari dulu kau tak diperlu
Kau diketepikan ada waktu
Tiada pentingnya kehadiran dirimu

Bahagia menyambut Syawal tahun ini
Termati juga kali ini
Semangatku yang dibaja... ternyata sekejap aje ni
Bila terkena gini... hilang juga segala gembira di hati

Mungkin kah ia satu petanda
Aku tak dapat bergembira
Setiap kali Syawal tiba
Dan aku harus terus berduka?

Comments: Post a Comment